top of page

IPD Penampang Sertai Program Gotong-Royong Bersihkan Rumah Mangsa Kebakaran

  • nabalunews
  • Jul 13, 2025
  • 1 min read

13 Julai 2025


PUTATAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan komitmen dalam memperkukuh hubungan erat bersama masyarakat setempat menerusi program gotong-royong membersihkan rumah mangsa kebakaran.


Program yang dilaksanakan melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu kali ini diadakan di kawasan Putatan bersama pelbagai agensi lain.


Program disempurnakan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, program berkenaan disertai sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Penampang.


Katanya, ia turut disertai wakil dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang berganding bahu membantu kerja-kerja pembersihan serta pemulihan kawasan kediaman yang terjejas akibat kebakaran.


“Program ini mencerminkan keprihatinan PDRM terhadap kesejahteraan masyarakat khususnya merekanyang terjejas akibat bencana seperti kebakaran.


“Ia juga memperkukuh nilai murni semangat setiakawan dan perpaduan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page