Isu Dewan Gimnastik tular, LSS jalankan siasatan awal
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

9 Januari 2026
KOTA KINABALU: Lembaga Sukan Sabah (LSS) memandang serius penularan video di media sosial yang memaparkan keadaan Dewan Gymnastik di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang dilaporkan dibiarkan tanpa penyelenggaraan.
LSS dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal sudah dijalankan dan tindakan segera diambil bagi menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan dalam video berkenaan.
Jelas lembaga itu, pihaknya memandang serius setiap aduan yang dikemukakan dan komited untuk memastikan semua isu ditangani mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan.
“Selain itu, LSS sememangnya berusaha untuk menyelesaikan perkara yang ditularkan melalui peruntukan khas.
“Harapan kami sama dengan harapan dan keinginan para pengguna yang menggunakan kemudahan di LSS,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, isu yang ditularkan tidak menggambarkan usaha dan keinginan LSS yang sentiasa mahukan pengguna berasa selamat dan selesa semasa menggunakan kemudahan di kompleks-kompleks sukan kelolaannya.
Pada masa sama, LSS turut mengalu-alukan kerjasama dan maklum balas daripada orang awam bagi membantu pihaknya menambah baik kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.


















Comments