Jabatan Hidupan Liar Sabah, digesa tangani ancaman monyet liar di Kuala Penyu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jabatan Hidupan Liar Sabah, digesa tangani ancaman monyet liar di Kuala Penyu


16 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Jabatan Hidupan Liar Sabah, digesa untuk memasang lebih banyak perangkap monyet di sekitar perkampungan di daerah ini yang sering diganggu dengan kehadiran kumpulan haiwan liar tersebut.


Timbalan Menteri Komoditi dan Pertanian Datuk Hajah Siti Aminah Aching, beliau telah menerima banyak aduan daripada penduduk kampung tentang ancaman monyet liar yang telah menyebabkan sejumlah besar tanaman mereka rosak.


"Monyet liar itu bukan hanya bertindak ganas dengan memakan dan merosakkan tanaman, tetapi lebih mebimbangkan, haiwan itu juga menyelinap masuk ke dalam rumah penduduk untuk mencuri makanan dan merosakkan harta benda," kata Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort.


Menurut beliau, peningkatan jumlah monyet liar sejak tujuh tahun lalu amat membimbangkan dan sukar dikawal jika tidak ada tindakan drastik dari Jabatan Hidupan Liar.


Oleh itu, beliau meminta agar pihak berwajib terutama Jabatan Hidupan Liar supaya memasang perangkap di setiap kampung yang padat dengan haiwan liar itu agar ancaman monyet dapat dikurangkan.


Siti Aminah juga menggesa Ketua-ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membuat laporan di Pejabat Daerah tentang kewujudan monyet liar itu supaya tindakan bersasar dapat diambil.


Difahamkan jabatan itu ada memasang satu atau dua perangkap namun ia tidak mampu mengurangkan populasi haiwan itu yang semakin bertambah dari masa ke semasa di seluruh kawasan Kuala Penyu.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page