Jahid setuju syor Ewon, Giatmara fokus kursus kemahiran, bukan baikpulih rumah PPRTJahid setuju syor Ewon, Giatmara fokus kursus kemahiran, bukan baikpulih rumah PPRT
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jahid setuju syor Ewon, Giatmara fokus kursus kemahiran, bukan baikpulih rumah PPRT


8 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim bersetuju dengan syor Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick agar Giatmara fokus kepada kursus kemahiran dan bukan melaksanakan baik pulih rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Jahid menjawab soalan tambahan Ewon semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Ewon bertanya kepada Menteri KPLB sama ada bersetuju supaya Giat Mara fokus kepada latihan dan program kemahiran dan tidak mengambil bahagian dalam pembinaan baik pulih rumah.


Beliau berkata pembinaan atau pembaikpulihan rumah PPRT dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui pejabat daerah.


“Datuk Speaker saya sangat bersetuju,” kata Jahid.


Terdahulu, ketika menjawab soalan ADUN Liawan Datuk Anwar Ayuub berkenaan permohonan pembaikan rumah daif di Sabah khususnya Liawan, Jahid berkata Kerajaan Persekutuan menerusi KPLB meneruskan program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebagai salah satu touch point utama kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.


Menurut beliau, salah satu komponen bantuan dalam SPKR adalah PPRT meliputi dua skop kerja iaitu Bina Baharu dan Baik Pulih bagi rumah yang uzur atau rosak disebabkan bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.


Jahid berkata, sebanyak RM1.023 juta diperuntukkan untuk DUN Liawan meliputi 41 projek Baik Pulih dan enam projek Bina Baharu.

bottom of page