Jahid terbuka berbincang dengan Ewon berkenaan pembelaan isi rumah termiskin SabahJahid terbuka berbincang dengan Ewon berkenaan pembelaan isi rumah termiskin Sabah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Jahid terbuka berbincang dengan Ewon berkenaan pembelaan isi rumah termiskin Sabah


Jahid dan Ewon sebelum persidangan dewan undangan negeri bermula.

7 Disember 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim terbuka mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dalam usaha membela nasib isi rumah termiskin di Sabah.


Jahid berkata, kerajaan melalui kementeriannya mempunyai pelbagai pendekatan untuk membantu rakyat yang tergolong dalam miskin atau miskin tegar.


“Ada beberapa langkah dicadangkan oleh kementerian untuk membantu rakyat yang terkesan semasa pandemik Covid-19, bagaimanapun untuk memberi nilai tambah pendekatan itu, kementerian berpendirian terbuka mengadakan perbincangan dengan Adun Kadamaian atau dengan pihak berkepentingan lain untuk memikirkan bersama.


“Ini kerana pandemik Covid-19 adalah masalah bersama dan tidak pernah kita hadapi sebelum ini, sebab itu kita terbuka mengadakan perbincangan (termasuk pihak pembangkang),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ewon yang bertanya apa perancangan kementerian membela pertambahan ketua isi rumah dalam kategori miskin atau statistik kemiskinan dan adakah kementerian bersedia berbincang dengan pihak pembangkang untuk mencari jalan penyelesaian masalah itu.


Ewon berkata, ramai isi rumah dijangka akan tersenarai dalam kategori miskin selepas pandemik Covid-19 kerana ramai yang terjejas pendapatan dan tidak kurang juga yang hilang pekerjaan.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page