top of page

Jalan hubungkan Kampung Pituru dan Kampung Pangi, Mukim Kelawat, terjejas banjir

  • nabalunews
  • Dec 15, 2024
  • 1 min read


ree

15 Disember 2024


KOTA BELUD: Hujan lebat tanpa henti menyebabkan jalan sepanjang 300 meter yang menghubungkan Kampung Pituru dan Kampung Pangi, Mukim Kelawat, di sini tidak dapat dilalui kenderaan pada Jumaat.


Lebih 20 buah kenderaan kecil dilaporkan terkandas akibat keadaan jalan yang dinaiki air.


Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Juin Kolod, dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, telah mengadakan tinjauan ke kawasan jalan yang terjejas selepas menerima aduan daripada Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangi, Brandon Mossinggin, yang memaklumkan mengenai kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung akibat insiden itu.


Sebagai tindakan susulan untuk kepentingan semua pihak khususnya penduduk yang manggunakan laluan berkenaan setiap hari, pihak JKKK kedua dua kampung berkenaan memohon sebuah bot dengan kapasiti enjin 15 kuasa kuda serta sebuah perahu yang mampu membawa 6 penumpang bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penduduk kampung ketika banjir.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page