top of page

Jalan Ke SK Gensurai Kota Belud Bermasalah, UPPM Kadamaian Ambil Tindakan

  • nabalunews
  • Mar 5
  • 1 min read

ree

5 Mac 2025


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin, turun padang meninjau keadaan jalan gravel menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gensurai, Kota Belud. Laluan utama yang digunakan oleh kakitangan sekolah serta ibu bapa pelajar itu dilaporkan dalam keadaan yang kurang memuaskan, menyukarkan pergerakan terutama bagi kenderaan kecil.


Menurut Anichlose, keadaan jalan yang tidak berturap ini telah menimbulkan banyak kesulitan kepada komuniti setempat, terutama guru dan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah setiap hari. Keprihatinan komuniti mengenai isu ini telah mendorong beliau untuk melihat sendiri keadaan sebenar dan mengambil langkah susulan bagi memastikan penyelesaian segera.


Anichlose menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Belud untuk menyuarakan masalah tersebut. Susulan daripada aduan yang dikemukakan, JKR telah memberikan maklum balas dan memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil bagi menangani isu berkenaan dalam masa terdekat.

ree

"Sebagai wakil masyarakat, saya berusaha memastikan setiap isu yang dihadapi oleh penduduk, terutama yang melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, mendapat perhatian pihak berwajib. Saya telah berbincang dengan pihak JKR, dan mereka bersetuju untuk meneliti serta mengambil tindakan yang diperlukan," ujar Anichlose.


Penduduk setempat, khususnya ibu bapa murid SK Gensurai, berharap agar tindakan segera dapat diambil bagi memperbaiki jalan tersebut. Menurut mereka, keadaan jalan yang rosak bukan sahaja menyulitkan pergerakan harian tetapi juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan, terutama ketika musim hujan.


Dengan janji tindakan segera daripada pihak JKR, penduduk dan komuniti SK Gensurai kini menanti perkembangan lanjut serta pelaksanaan kerja-kerja pembaikan yang diharapkan dapat memberikan penyelesaian jangka pendek terhadap masalah ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page