Jalan Sapulut–kalabakan Boleh Dilalui Kenderaan
- nabalunews
- 6 days ago
- 1 min read

4 Januari 2026
KOTA KINABALU: Kejadian banjir kilat yang mengakibatkan jalan di Kilometer 105 Jalan Sapulut- Kalabakan, Kalabakan, yang terputus , semalam, sudah boleh dilalui kenderaan selepas kerja-kerja pembersihan segera dilakukan pihak berkuasa.
Dalam kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah berkata, tindakan segera diambil dengan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik Sementara (TMP) serta pemantauan di lokasi kejadian.
Katanya, pihak JKR turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa banjir di permukaan jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Setakat ini, jalan berkenaan masih boleh untuk digunakan oleh semua kenderaan dan tiada laluan alternatif yang disediakan setakat ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, khususnya semasa ketika cuaca hujan berterusan,” katanya.


















Comments