• Wartawan Nabalu News

Jalan Sayap KM 4.30, ditutup sementara: JKR



12 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan notis penutupan sementara Jalan Sayap di KM4.30, pada jam 2 petang hari ini sehingga dimaklumkan kelak akibat kerosakan jambatan di kawasan itu.


Menurut notis itu, tiada jalan alternatif untuk melalui kawasan ini.


Sehubungan itu pihak JKR, meminta penduduk kampung mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap para pengguna jalan bersabar untuk keselesaan bersama dimasa akan datang,” menurut JKR.