Jalan Utama ke SK Kg. Tengkurus Alami Hakisan & Pembetung Runtuh
- nabalunews
- Apr 7
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
6 April 2026
KOTA BELUD: Jalan utama menghubungkan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengkurus dengan petempatan penduduk di kawasan itu kini dalam keadaan kritikal berikutan hakisan dan pembetung runtuh, membahayakan lebih 200 pengguna termasuk murid dan guru sekolah.
Tinjauan yang dilakukan hari ini mendapati kerosakan tersebut berisiko menyebabkan kemalangan jika tidak dibaiki dengan segera.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Jeremy Malajad berkata, jalan tersebut merupakan laluan penting yang perlu dibaiki segera sebelum keadaan bertambah teruk.

"Jalan ini menghubungkan sekolah dan perkampungan Kg. Tengkurus. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja menyukarkan penduduk tetapi juga membahayakan nyawa pengguna," katanya selepas meninjau lokasi kejadian.
Turut serta dalam tinjauan tersebut ialah Penolong Jurutera Majlis Daerah Kota Belud (MDKB), PG. Mohd Zharif PG. Ramlee, Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran MDKB, Christoper Wong Fui Cheun serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Tengkurus, Minsir Lambang.
Sementara itu, pihak MDKB memaklumkan bahawa satu laporan lengkap akan disediakan untuk dikemukakan kepada pihak berwajib bagi mendapatkan peruntukan pembaikan.

Penduduk setempat berharap agar tindakan susulan dapat dilaksanakan sebelum musim hujan yang bakal tiba.















Drift Boss game is an addictive and exciting racing experience where you can show off your drifting skills. It's perfect for anyone who loves challenges and racing games with simple controls and endless fun.