top of page

Jamawi mohon JKR mulakan segera projek jalan raya Tenom–Pangi

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 2 min read

3 mac 2026


TENOM: Sebuah kereta api yang membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi berdepan detik cemas apabila dilaporkan mengalami masalah brek tidak berfungsi dalam kejadian, pagi tadi.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, beliau menerima maklumat berhubung insiden berkenaan sejurus kejadian berlaku.


“Saya mendapat maklumat berlakunya kejadian masalah ‘brake gagal berfungsi’ kepada kereta api yang membawa guru-guru SK Pangi, Tenom pada pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motosikal di atas landasan berjaya memperlahankan dan seterusnya menghentikan pergerakan kereta api berkenaan.


“Tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motosikal di landasan berjaya menghentikan kereta api tersebut,” katanya.


Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan diterima setakat ini dan semua guru yang berada dalam kereta api itu dilaporkan selamat.


Jamawi yang merupakan wakil rakyat kawasan itu memohon agar Jabatan Keretapi Negeri Sabah menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


“Saya memohon dan mengharapkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah mengadakan siasatan penuh akan perkara ini dan mengambil langkah-langkah segera agar peristiwa ini tidak berulang lagi,” tegasnya.


Beliau turut menekankan aspek keselamatan penumpang, khususnya guru-guru dan penduduk yang bergantung kepada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama ke kawasan pedalaman seperti Pangi.


Dalam pada itu, Jamawi sekali lagi menggesa agar projek pembinaan jalan raya Tenom–Pangi disegerakan bagi memastikan akses lebih selamat dan selesa kepada penduduk.


“Saya juga memohon pihak JKR untuk segera memulakan projek jalan raya Tenom–Pangi yang mana telah pun diluluskan oleh Ketua Menteri pada awal tahun 2025 lalu dan difahamkan kontraktor juga sudah dilantik,” katanya.


Beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut amat penting sebagai alternatif pengangkutan darat yang lebih selamat, sekali gus mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada perkhidmatan kereta api di laluan berisiko.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page