top of page

Jamawi santuni rakyat Melalap

  • nabalunews
  • Dec 26, 2025
  • 1 min read

26 Disember 2025


TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menyantuni rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap sempena sambutan Krismas.


Beliau yang turut ditemani isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim, mengunjungi beberapa kediaman termasuk rumah Ketua Daerah, OKK Tusib Tulas bersama beberapa pemimpin tempatan lain.


Ketika ditemui media, Jamawi berkata, amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan wajar diteruskan.

Katanya, ia mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


Dalam pada itu, beliau turut mengajak seluruh rakyat DUN Melalap untuk menghadiri Rumah Terbuka Krismas DUN Melalap yang akan diadakan pada 28 Disember ini bermula jam 11.30 pagi di Dewan Datuk Sanggau Jalang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page