top of page

Jamawi Ziarah PPS Tenom, Bantuan Mangsa Banjir Disalurkan

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

6 Januari 2026


TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menziarahi dan meninjau tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah ini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap melawat tiga PPS iaitu di PPS Rumah Kebudayaan Kampung Ponontomon, PPS Rumah Kebudayaan Kampung Pantongan Saga dan PPS Rumah Kebudayaan Kampung Mandalom Lama.


Jamawi berkata. ketiga-tiga PPS itu mula dibuka pada jam 3 petang kelmarin oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Tenom yang dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir.

“Bantuan-bantuan awal telah pun diberikan oleh Jabatan Kebajikan Tenom, Pejabat Parlimen Tenom, Pejabat Daerah Tenom, Pusat Khidmat Rakyat DUN Melalap serta agensi-agensi kerajaan yang lain.


“Pengagihan bantuan bakul makanan dan air minuman kepada semua mangsa banjir akan diteruskan hari ini,” katanya.


Menurutnya, beliau amat bersimpati dan menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap semua mangsa banjir yang terlibat.

“Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan urusan sepanjang menghadapi dugaan bencana ini.


“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyalurkan bantuan yang diperlukan sebaik mungkin,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page