• nabalunews

JAMBATAN KONKRIT MERENTASI SUNGAI TAHUBANG RANAU RUNTUH


Jambatan Konkrit runtuh, tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

2 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Jambatan konkrit yang merentasi Sungai Tahubang di sini, runtuh kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.


Berdasarkan laporan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, kejadian itu berlaku akibat hakisan pada abutmen jambatan itu.



"Jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan tidak ada jalan alternatif buat masa ini," menurut JKR Ranau.


Difahamkan, tiada kemalangan jiwa atau kenderaan yang terlibat dalam insiden jambatan runtuh itu.


Ketiadaan jambatan itu yang menghubungan Kampung Kenipir Gana ke Gana Gaur menyukarkan perjalanan ratusan penduduk berkenaan berulang alik di situ.



Related Posts

See All