JAMBATAN TAMPARULI MASIH SELAMAT DIGUNAKANJAMBATAN TAMPARULI MASIH SELAMAT DIGUNAKAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JAMBATAN TAMPARULI MASIH SELAMAT DIGUNAKAN



18 Nov 2020


TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim mengadakan tinjauan di kawasan jambatan besi Tamparuli yang menjadi 'viral' baru-baru ini.


Selain itu, beliau turut melawat kawasan rumah dan jambatan berhampiran Bataras, Tamparuli .


"Saya percaya pihak terlibat telah pun meneliti, mengkaji dan menganalisa segala perkara berkaitan dan membuat tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan masalah di kawasan ini," katanya.


Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata, tinjauan di kawasan itu bukan semata-mata sebagai respon kepada perkara yang menjadi viral di media sosial sebaliknya bekerja untuk kebaikan masyarakat.


Dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini, katanya terdapat juga menteri yang menyatakan pandangan mereka mengenai jambatan tersebut yang diviralkan.


Justeru beliau mengadakan lawatan susulan bagi mengenal pasti status sebenar jambatan berkenaan sama ada selamat untuk digunakan.


Tambahnya, selepas melawat keadaan jambatan hari ini, beliau berharap sekurang-kurangnya pada Selasa hadapan akan ada cadangan dan langkah seterusnya dari pihak JKR dan JPS dalam bentuk lukisan dan perbelanjaannya sementara beliau membuat kemas kini hal-hal berkaitan kepada kabinet negeri.


Bagaimanapun, beliau amat gembira apabila dimaklumkan oleh Jurutera Daerah bahawa jambatan itu masih dalam keadaan yang selamat.


Jambatan Tamparuli baru-baru ini 'viral' di media sosial kononnya bermasalah dan berbahaya kepada pengguna ekoran keadaannya yang tidak selamat dan menerima banyak perkongsian selain pelbagai pendapat oleh para pengguna Facebook.


Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging berkata, antara tujuan tinjauan di kawasan itu ialah untuk melihat keadaan sebenar Jambatan Tamparuli seterusnya mencari jalan penyelesaian.


Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuaran, Felicia Sindan, Jurutera Air Daerah Tuaran, Nurafzan Zakariah, Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Tuaran, Mohd Khairul, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page