top of page

Jamil beri laluan, Pillexson terajui UPKO Kota Marudu

  • nabalunews
  • Jul 14
  • 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA MARUDU, 14 Julai – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu secara rasminya melantik ketua bahagian baharu apabila Pillexson James menerima mandat untuk memimpin sesi 2026-2029, dalam satu Mesyuarat Agung Tri-Tahunan (MAT) yang berlangsung di GL Hotel Kota Marudu, pada 12 Julai lalu.


Peralihan kepimpinan ini disifatkan sebagai satu kitaran sihat dalam organisasi, dengan mantan Ketua Bahagian, Jamil Majingkin, secara sukarela memberi laluan kepada kepimpinan baharu demi memastikan perjuangan UPKO terus relevan dan dinamik.


Dalam ucapannya, Jamil menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah atas semangat kekeluargaan yang tinggi serta keyakinan bahawa barisan baharu mampu membawa UPKO Kota Marudu ke fasa lebih progresif, sambil turut mengucapkan tahniah kepada Pillexson serta seluruh Ahli Jawatankuasa baharu yang dipilih secara demokratik.


Ketua Bahagian baharu, Pillexson, dalam ucapan sulungnya memberi jaminan untuk memikul amanah dengan penuh integriti serta mengajak semua ahli parti menutup lembaran pemilihan dan bersatu padu sebagai satu pasukan, di samping berjanji membina kepimpinan inklusif, memperkasakan akar umbi, serta memberi fokus utama kepada kerja lapangan yang berimpak bagi memastikan UPKO Kota Marudu terus memperjuangkan kepentingan rakyat.


Barisan kepimpinan baharu yang diterima mandat oleh perwakilan terdiri daripada Reggy Walter sebagai Timbalan Ketua Bahagian, Suzie Salapan sebagai Ketua Pergerakan Wanita, Addy Lumanid sebagai Ketua Pergerakan Pemuda, dan Dezzer Reggy sebagai Ketua Pergerakan Generasi Muda (GEM).


Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO Pusat, Datuk Wong Thien Fook, yang dalam amanatnya menekankan kepentingan penyatuan ahli pasca-pemilihan, peranan strategik bahagian dalam menyokong agenda Sabah First, serta usaha memperkukuh akar umbi bagi mencapai matlamat "Make UPKO Great Again".


Turut hadir memberi sokongan ialah barisan pimpinan tertinggi parti termasuk Setiausaha Eksekutif UPKO, Datuk William Sampil, Timbalan Setiausaha Agung I merangkap Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Ruminzing, Timbalan Setiausaha Agung II, Joisin Romut, Ketua Pemuda UPKO Pusat merangkap Ketua Bahagian UPKO Beluran, Felix Joseph Saang, serta Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Pusat iaitu Jairaz Joseph, Georgina George, Joesey Limy, dan Terrence Lee.


Pengerusi Pelaksana, Mat Lunad Agok, turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti atas dedikasi dan kerja keras dalam memastikan kelancaran persidangan kali ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page