top of page
nabalunews

Jari kanak-kanak tersekat pada gegelung besi


9 September 2024


SEMPORNA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 30 minit apabila jari tengah kanannya tersekat pada gegelung besi yang dijadikan cincin sebelum diselamatkan bomba dalam kejadian di sini, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Semporna mengenai kejadian itu pada jam 1.12 petang.


Katanya, sepasukan empat pegawai dan

anggota bersama sebuah jentera dari BBP Semporna dikejarkan ke Hospital Semporna untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak terbabit.


“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang kanak-kanak perempuan meraung kesakitan akibat jarinya tersekat pada gegelung besi.


“Pasukan bomba terus menjalankan operasi dengan menggunakan pemotong khas untuk membuka gegelung besi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka gegelung besi berkenaan dengan penuh berhati-hati.


Operasi bomba ditamatkan jam 1.33 petang setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, katanya.

Comments


bottom of page