top of page

Jasa Bung Moktar kepada Sabah dan negara akan terus dikenang – Anwar

  • nabalunews
  • 2h
  • 1 min read

ree

5 Disember 2025


KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebagai pemimpin yang berjasa dalam arena politik khususnya di Sabah.


Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.


"Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan," katanya.


Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Lamag itu, yang meninggal dunia awal pagi tadi.


"Saya mendoakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah," katanya.


Berita kematian Bung dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebook awal pagi tadi.


Allahyarham Bung yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles pada jam 1.46 awal pagi tadi, jenazahnya dimandi dan dikafankan di Masjid Bandaraya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas solat Jumaat hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page