Jeffrey mohon maaf salah bagi maklumat berkaitan paid-up capital Hoch Standard di Dewan Undangan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jeffrey mohon maaf salah bagi maklumat berkaitan paid-up capital Hoch Standard di Dewan Undangan


18 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Dr.Jeffrey Kitingan memohon maaf atas kesilapan memberikan maklumat berkaitan paid-up capital Hoch Standard di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Surat permohonan maaf itu dibacakan oleh Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim Yahya, dalam persidangan, hari ini.


Dalam surat itu, Jeffrey menyatakan bahawa semasa sesi mesyuarat kedua penggal kedua DUN Sabah pada 8 Disember 2021, semasa giliran penggulungan beliau, isu berkenaan status karbon kredit dan Hoch Standard Pte Ltd telah dibangkitkan beberapa kali.


“Ketika saya ditanya berkenaan jumlah paid-up capital dari syarikat Hoch Standard, saya tanpa sengaja dan tanpa niat menyatakan bahawa paid-up capital syarikat berkenaan adalah US$10 juta. Jumlah tersebut saya dapati melalui satu surat berkenaan syarikat tersebut yang ada pada saya berserta dengan dokumen-dokumen persidangan lain pada masa itu.


“Setelah saya meneliti maklumat dalam surat tersebut. Maklumat yang ada adalah mengenai total investment value of the company, bukannya paid up capital.


“Oleh itu, saya ingin dengan keizinan tuan speaker untuk menyampaikan permohonan maaf secara terbuka di dewan yang mulia ini kerana menimbulkan kekeliruan dalam hal paid up capital syarikat Hoch Standard,” menurut surat itu yang dibacakan oleh Speaker DUN Sabah.


Jeffrey menyatakan bahawa beliau tidak berniat mengelirukan dewan.


“Pada masa saya membuat kenyataan tersebut saya yakin dan percaya bahawa jumlah paid up capital itu adalah maklumat benar dan merujuk kepada paid up capital syarikat Hoch Standard.


"Atas kesilapan itu saya memohon maaf dan dengan ini memohon untuk kenyataan saya diperbetulkan di dalam rekod DUN,” kata Jeffrey yang juga Adun Tambunan dalam surat permohonan maaf.


Permohonan maaf itu dibuat berikutan satu aduan pemberitahuan usul telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong dan Elopura pada 3 Mac 2022, untuk merujuk Adun Tambunan ke jawatankuasa hak-hak dan kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan semasa sesi mesyuarat DUN Pertama Penggal Ketiga pada 8 Disember 2021 apabila beliau menyatakan bahawa perak capital bagi Hoch Standard ialah US$10 juta.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page