Jejak Masyarakat Keningaufm beri ruang masyarakat dekati agensi kerajaan: Jamawi
- nabalunews
- Aug 17, 2025
- 2 min read

17 Ogos 2025
TENOM: Jejak Masyarakat Riuh Bertamu Keningaufm bukan sahaja menjadi medan pertemuan warga setempat, malah berjaya memperkukuh semangat kebersamaan serta memperkasa hubungan masyarakat dengan kerajaan dan komuniti sekitarnya.
Program yang berlangsung di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Pekan Melalap dekat sini itu berjaya menghimpunkan ratusan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Suasana menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan seni budaya tradisional, demonstrasi kraftangan, kempen derma darah dan pameran agensi kerajaan, serta jualan rahmah madani dan produk usahawan tempatan.

Pengerusi Sabah Urban Develompent Corporation (SUDC) Datuk Jamawi Jaffar, ketika ditemui pada program itu menyifatkan, ia memberi ruang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan agensi kerajaan, selain memahami peranan setiap pihak dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat.
"Program ini cukup berimpak tinggi, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Keningaufm atas inisiatif untuk menganjurkan program ini dan kita jemput lagi di Mukim lain lepas ini seperti di Mukim Entabuan" katanya.
Dalam masa sama katanya, ia turut menjadi platform penting bagi komuniti untuk berkongsi aspirasi, keperluan dan pandangan demi kesejahteraan bersama.

Terdahulu Jamawi yang merupaka bekas Pegawai Penyelidik Jabatan Pertanian Tenom sempat menunjuk ajar teknik teknik cantuman Durian Musangking dan Avocado QAV1 bersama 70 peserta.
Selain itu beliau juga sempat menderma darah bersama-sama dengan pengunjung program yang turut diserikan dengan persembahan arti-artis tempatan.
Sementara itu Pengurus Keningaufm, Florence John Luan dalam ucapan alu-aluannya berkata, Jejak Masyarakat Riuh Bertamu merupakan antara program tonggak dalam usaha merakyatkan radio komuniti, sekali gus menjadikan Keningaufm lebih dekat di hati pendengar.
Katanya, melalui penganjuran program seumpama ini, stesen radio bukan sahaja berperanan sebagai medium penyampaian maklumat, tetapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan agensi kerajaan serta pemimpin setempat.
Beliau menegaskan, Keningaufm komited untuk terus menganjurkan program turun padang bagi memastikan masyarakat di pelbagai peringkat mendapat akses maklumat yang tepat, selain menikmati hiburan yang dekat dengan jiwa mereka.
Katanya lagi, program yang padat dengan pelbagai aktiviti ini bertujuan menyantuni masyarakat, mendekatkan stesen radio kepada para pendengar, serta menyebarluaskan dasar dan inisiatif yang dibawakan oleh pelbagai jabatan serta agensi kerajaan kepada komuniti.
Pada masa sama Florence menghargai kehadiran Jamawi dan sekali gus merasmikan program itu.
Jelasnya, kehadiran beliau (Jamawi) telah memberi suntikan semangat kepada semua pihak untuk terus memupuk hubungan erat antara pemimpin, agensi, dan masyarakat setempat.
Florence memaklumkan antara pengisian menarik yang menanti pengunjung termasuk pameran dan reruai daripada pelbagai agensi kerajaan, pertandingan sukan rakyat, persembahan seni budaya, pertandingan mewarna dan menganyam ketupat, selain sesi jamming & chill bersama kumpulan muzik tempatan pada sebelah malam.
Tambahnya, pogram ini juga menyediakan platform perkongsian maklumat seperti taklimat pertanian, kempen derma darah, dan pelbagai khidmat nasihat komuniti.
Hadi sama Pegawai Daerah Tenom Alexander Liew, Ketua Daerah Tenom Tusip Tulas dan pemimpin-pemimpin masyarakat.















Comments