Jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini
- nabalunews
- 7 hours ago
- 2 min read

1 Disember 2025
KOTA KINABALU: Kabinet baharu Sabah dibentuk hari ini selepas semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu, di sini petang tadi.
Majlis angkat sumpah membabitkan tiga jawatan timbalan ketua menteri dan tujuh menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dengan turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Berikut senarai Kabinet baharu Sabah:
Ketua Menteri: Datuk Seri Hajiji Noor (GRS)
Timbalan Ketua Menteri I: Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS)
Timbalan Ketua Menteri II: Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)
Timbalan Ketua Menteri III: Datuk Ewon Benedick (UPKO)
Sementara itu, senarai portfolio kementerian adalah seperti berikut:
Menteri Kerja Raya dan Utiliti
Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS)
Menteri Kewangan
Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)
Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Datuk Ewon Benedick (UPKO)
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Datuk Arifin Arif (GRS)
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
Datuk Jamawi Jaafar (PH)
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Rubin Balang (GRS)
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk James Ratib (GRS)
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Datuk Jafry Ariffin (BN)
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Datuk Julita Mojungki (GRS)
Menteri Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
Datuk Nizam Titingan (GRS)
Pembentukan Kabinet dijangka memperkukuh kesinambungan dasar kerajaan negeri, selain memberi tumpuan kepada agenda pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi, kebajikan rakyat serta reformasi penyampaian perkhidmatan awam.
Pada PRN Sabah ke-17, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Parti Warisan (25), Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (tiga) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (dua).
Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.


















Comments