top of page

Jengkaut musnah terbakar di Kinabatangan

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 1 min read

20 Ogos 2024


KINABATANGAN : Sebuah jengkaut musnah dalam kebakaran di Kampung Tamoi, Tongod, Kinabatangan.


Kejadian berlaku semalam namun bomba hanya dimaklumkan petang tadi.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.09 petang tadi.


Katanya sepasukan 3 pegawai dan anggota dari BBP Kinabatangan dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 150 kilometer dari balai.


"Kebakaran melibatkan sebuah jengkaut (Hitachi) yang terbakar 70%.


"Menurut pemanggil, kebakaran telah berlaku jam 3.15 petang semalam.


"Pasukan bomba ke lokasi untuk pengesahan kebakaran. Setelah memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud,operasi ditamatkan pada jam 7.39 petang tadi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page