Jerayawara Inovasi PDRM Zon Sabah 2026 Ditutup Rasmi di IPK Sabah
- nabalunews
- Apr 9
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
9 April 2026
KOTA KINABALU: Jerayawara Inovasi PDRM Tahun 2026 Zon Sabah ditutup secara rasmi petang selasa lalu di Auditorium Sayat-Sayat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman
SAC A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai sesi utama diadakan termasuk Taklimat Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Kecerdasan Buatan (AI) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta sesi perkongsian kejayaan penghasilan inovasi daripada kumpulan inovasi terbaik PDRM seluruh negara.

Antara kumpulan yang berkongsi pengalaman ialah Kumpulan M-INO (Maktab PDRM), Kumpulan AI Briged Sarawak, Kumpulan Votech (IPD KLIA), Kumpulan Inventi Sphere (PULAPOL Segamat), Kumpulan T. Malim (IPD Muallim), Kumpulan Synergy Wow (IPK Kuala Lumpur), serta Kumpulan Optima L (IPD Limbang).
Menurut penganjur, program ini menjadi platform terbaik untuk berkongsi amalan terbaik, mencetus idea kreatif serta memperkukuh budaya inovasi berterusan dalam kalangan warga PDRM. Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja memberi inspirasi, malah membuka ruang idea baharu dalam mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan.

Turut hadir sama Asisten Komosioner Polis (ACP) Datin Siti Rozaida Aripin (ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, Jabatan Pengurusan Bukit Aman), ACP Sabarudin bin Rahmat (ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah), serta ketua-ketua jabatan dan formasi, ketua-ketua polis daerah, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam Polis Sabah.















Comments