top of page
  • Wartawan Nabalu News

JHEAINS BENARKAN URUSAN NIKAH, CERAI DAN RUJUK TIGA KALI SEMINGGU


Gambar Hiasan

13 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) tiga hari seminggu di semua pejabatnya berkuatkuasa 16 Nov hingga 12 Dis ini atau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bagaimanapun mereka yang terlibat dalam urusan itu harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata, antara SOP yang perlu dipatuhi ialah Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan berurusan.

“Pengunjung diwajibkan mendaftar dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis maklumat diri ke dalam buku khas yang disediakan dan melakukan pemeriksaan suhu.

“Pengunjung juga wajib memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikan ketika berurusan di kaunter serta hanya orang yang berurusan dibenarkan masuk ke premis,” katanya.

Masidi berkata, bagi upacara akad nikah pula, hanya boleh dihadiri oleh pasangan lelaki, perempuan dan wali sahaja.

Comments


bottom of page