top of page

JIM Tahan 17 PATI Dalam Ops Belanja dan Ops Sapu

  • nabalunews
  • Jan 1
  • 1 min read

1 Januari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, berjaya menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan imigresen yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.


Menerusi kenyataan di laman sosial facebook rasmi JIM Sabah menegaskan, operasi Ops Belanja dan Ops Sapu itu dikendalikan Unit Operasi Imigresen Kota Kinabalu melibatkan seramai 20 pegawai.


Katanya, ia berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 11.50 malam meliputi tiga lokasi berbeza.

“Sebanyak tiga premis telah diperiksa dengan jumlah 38 orang diperiksa melibatkan warganegara tempatan, warga asing Filipina, Indonesia dan Pakistan.


“Daripada jumlah tersebut, 17 orang PATI telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, semua tahanan itu terdiri daripada lapan lelaki dewasa dan sembilan wanita dewasa.

Katanya, ia melibatkan 15 orang warganegara Indonesia serta dua Filipina dan semua warga asing ditahan dihantar ke Depot Imigresen Papar untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen negara.


“Operasi seumpama ini akan diteruskan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page