top of page

JIM Tahan 18 PATI Dalam Ops Mahir dan Ops Kutip

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

25 Januari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan imigresen yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.


Menerusi kenyataan di laman sosial facebook rasmi JIM Sabah menegaskan, Operasi Mahir dan Operasi Kutip itu dikendalikan Unit Operasi Imigresen Kota Kinabalu melibatkan seramai 35 pegawai.


Katanya, sepanjang operasi berkenaan, seramai 134 orang telah diperiksa melibatkan warganegara Malaysia, Filipina, Indonesia dan Pakistan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 18 warganegara asing ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


“Daripada jumlah itu, 17 orang adalah warganegara Filipina terdiri daripada 7 lelaki, lima wanita dan lima kanak-kanak, manakala seorang lagi lelaki warganegara Pakistan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, JIM Negeri Sabah menegaskan akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, ia bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negara ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page