top of page

JIM Tahan 23 PATI

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

ree

22 Ogos 2025


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam empat operasi berasingan yang diadakan di sekitar daerah ini, semalam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah berkata, sepanjang operasi berkenaan, seramai 58 individu ditahan untuk pemeriksaan.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati 19 lelaki dan empat wanita warga asing ditahan selepas dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

ree

“Semua mereka yang ditahan terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia dan Filipina, untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


“Operasi ini membabitkan 10 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Tawau dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melindungi atau menggaji PATI,” katanya.

ree

Sehubungan itu, JIM Sabah menyeru kerjasama masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat mengenai kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi memudahkan tindakan lanjut diambil.

 
 
 

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page