top of page

JIM Tahan 33 PATI

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

ree

18 Disember 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan imigresen yang dijalankan di sekitar daerah Kota Kinabalu dan Kudat, semalam.


Serbuan menerusi pelaksanaan Ops Jaja, Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu itu digerakkan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah dan Kudat dengan kekuatan seramai 40 pegawai.


Ia bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara.

ree

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JIM Sabah hari ini, menegaskan seramai 111 individu membabitkan warganegara Malaysia dan warga asing diperiksa sepanjang operasi dijalankan.


Katanya, daripada jumlah itu, 33 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu gagal memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah


“Pecahan tangkapan membabitkan 19 lelaki dewasa warga Filipina, seorang kanak-kanak lelaki warga Filipina, 12 wanita dewasa warga Filipina serta seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia, menjadikan keseluruhan tangkapan seramai 20 lelaki dan 13 perempuan.

ree

“Semua orang kena tahan (OKT) dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” kata kenyataan itu.


JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang imigresen negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page