top of page

Jim Tahan 44 PATI Ditahan Dalam OPS Sapu Dan OPS Kutip

  • nabalunews
  • Feb 26
  • 1 min read

26 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Ops Sapu dan Ops Kutip yang dilaksanakan sekitar daerah ini pada 24 dan 25 Februari lalu.


Operasi yang melibatkan seramai 24 pegawai dari Bahagian penguatkuasa Ibu Pejabat JIM Kota Kinabalu berjaya memeriksa seramai 72 individu terdiri daripada warganegara Indonesia dan Filipina.


Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, hasil operasi selama dua hari itu, seramai 44 individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, semua warga asing yang ditahan selepas didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.


“Tangkapan melibatkan warganegara Indonesia iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.


“Manakala selebihnya adalah warganegara Filipina terdiri daripada lapan lelaki, 12 wanita serta 22 kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan

JIM Negeri Sabah akan terus dipergiat secara konsisten dan tanpa kompromi.


“Sebarang pelanggaran terhadap Akta Imigresen 1959/63 akan diambil tindakan tegas dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa.


“Ia sebagai manifestasi komitmen jabatan dalam menjaga keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan Negeri Sabah,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page