top of page

JIM Tahan 60 PATI Di Tawau

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

10 Januari 2026


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah terus komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi di sekitar daerah Tawau, kelmarin.


Hasil operasi berkenaan, JIM berjaya menahan 60 warga asing selepas didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah menegaskan, operasi dijalankan hasil aduan awam serta risikan selama seminggu di beberapa tempat berasingan.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, pasukan penguatkuasa JIM berjaya memeriksa seramai 192 individu.


“Hasil pemeriksaan, seramai 60 individu ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


“Semua yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan menerusi laman sosial facebook rasmi JIM Sabah.


Menurutnya, semua individu yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.


Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Sementara itu menurutnya, operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan itu melibatkan seramai 19 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Tawau, JIM Negeri Sabah.


“JIM Sabah menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI)z


“Masyarakat juga disarankan untuk memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.


“Selain itu, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,”’tegasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page