JIM tegas tidak berkompromi dengan pegawai terlibat rasuah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JIM tegas tidak berkompromi dengan pegawai terlibat rasuah


5 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terlibat dengan rasuah di KLIA atau mana-mana pejabat imigresen di seluruh negara.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang disyaki rasuah dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.


Beliau berkata demikian berikutan beberapa laporan berita tempatan yang mendakwa terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat di KLIA.


"JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam kenyataan pada Seleasa.


Beliau juga menyatakan bahawa jabatan ini sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan.


Selain itu, beliau memberitahu bahawa Jabatan Imigresen komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pelawat asing yang memasuki Malaysia.


Laporan berita tempatan juga melaporkan bahawa insiden rasuah di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan beberapa pegawai Imigresen, minggu lalu.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page