top of page

JOKOWI HARAP MALAYSIA LINDUNGI PEKERJA MIGRAN INDONESIA

  • nabalunews
  • Feb 5, 2021
  • 1 min read

foto Bernama

5 Feb 2021


JAKARTA: Presiden Joko Widodo berharap Malaysia dan Indonesia melaksanakan satu memorandum persefahaman yang baharu, bagi melindungi pekerja Indonesia di Malaysia agar pekerja dari negara itu tidak menjadi mangsa dalam perdagangan manusia.


“Saya menyampaikan apresiasi, penghargaan atas kerja sama perlindungan WNI (warga negara Indonesia) di Malaysia, terutama selama pandemik (COVID-19),” kata Jokowi dalam penyataan bersama selepas mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Merdeka, Jakarta, hari ini.


Menurut Jokowi, kedua-dua negara perlu membangunkan satu saluran atau sistem khusus berkaitan penempatan dan pengambilan tenaga kerja, dari Indonesia.


“(Saluran atau sistem khusus itu) Untuk mencegah terjadinya para pekerja menjadi korban perdagangan manusia,” katanya.


Pada penyataan bersama itu, kedua-dua pemimpin juga sependapat dalam isu mengenai Myanmar, isu kelapa sawit, Laut China Selatan dan usaha meningkatkan lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page