top of page

JPJ Lancar Ops TBC 2026

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 2 min read

15 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melancarkan Operasi Khas sempena Tahun Baru Cina (Ops TBC) 2026 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya “Pandu Cermat, Sampai Selamat” bermula 9 hingga 22 Febuari depan.


Operasi khas berkenaan bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.


Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, melalui operasi khas itu, pihak JPJ akan memfokuskan kepada sembilan kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Katanya, antara kesalahan tumpuan adalah tidak mematuhi had laju, isyarat lalu lintas, memotong di garis berkembar, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.


“Kesalahan lain yang turut dipantau termasuk tidak memakai tali pinggang dan topi keledar, membawa lebih muatan serta membawa muatan secara berbahaya.


“Pemantauan ini akan dilaksanakan meliputi laluan utama negeri dan di lebuh raya yang dikenalpasti oleh JPJ Sabah bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian sepanjang Ops khas TBC 2026,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pihaknya juga akan meningkatkan kebolehatan aktiviti penguatkuasaan dan keberhasilan Preception of Being Caught (POBC) dalam memastikan kehadiran pasukan penguatkuasa JPJ.


Katanya, usaha ini bagi meningkatkan pematuhan peraturan keselamatan jalan raya dan pengurangan melakukan kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan.


Sementara itu, Mohd Harris berkata, mengikut statistik tahun 2025, sebanyak 3,356 kenderaan diperiksa dan 3,200 kenderaan dikenakan tindakan.


Katanya, sebanyak 6,405 Notis Saman JPJP(22) dan LPKP dikeluarkan bersama 1,409 lain-lain notis, selain 36 kenderaan turut disita.


“Antara kesalahan tertinggi dicatatkan adalah pemandu tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL) melibat 1,728 kes, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh 1,264 kes dan kesalahan tali pinggang keledar iaitu sebanyak 136 kes,” tegasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page