top of page

JPJ Sandakan Tahan Fortuner Cukai Jalan Tamat, Tiada Insurans

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 Mac 2026


SANDAKAN: Sebuah kenderaan Toyota Fortuner ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sandakan dalam Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 selepas didapati beroperasi dengan cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.


Kenderaan berkenaan ditahan dalam satu pemeriksaan di Batu 4, Jalan Utara, Sandakan. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan sepanjang tempoh Ops HRA 2026 bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya.


JPJ Sandakan mengeluarkan notis saman kepada pemilik kenderaan dan membawa kenderaan berkenaan ke Depoh Sita JPJ Sandakan untuk tindakan lanjut.


Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang aduan berkaitan trafik boleh menggunakan aplikasi e-Aduan@JPJ melalui MyJPJ atau melayari laman web http://jpj.spab.gov.my (SISPAA JPJ) dengan menyertakan butiran pengadu dan maklumat aduan yang lengkap.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page