top of page

JPKA SABAH PERKETAT URUSAN KELUAR MASUK KE INSTITUT KEBAJIKAN

Wartawan Nabalu News

2 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Negeri Sabah memperketatkan urusan keluar masuk ke Institusi Kebajikan bagi mencegah penularan Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara langkah-langkah itu ialah tiada kemasukan untuk permohonan baharu dan tidak membenarkan lawatan atau kunjungan sosial ke institusi kebajikan itu.

“Begitu juga dengan para penghuni institusi Rumah Warga Tua dan Taman Didikan Kanak-Kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), mereka tidak dibenarkan keluar.

“Kakitangan yang bertugas di institusi kebajikan itu juga wajib melalui sanitasi harian dan SOP diperketatkan sebelum dan selepas bertugas,” katanya, dalam sidang media, di sini, hari ini.

Masidi berkata, bagi institusi swasta yang bernaung di bawah Majlis Perhidmatan Masyarakat Sabah, mereka juga telah diarahkan untuk memperketatkan kawalan keluar masuk ke institusi masing-masing termasuk Institusi Wallace Centre for the Blind di Tuaran dan Taman Cahaya, Sandakan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page