top of page
  • nabalunews

JPN NEGERI SABAH BEROPERASI SECARA JANJI TEMU




17 NOV 2020


KOTA KINABALU: Operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah akan dibuka secara janji temu kecuali cawangan JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu, JPN Hospital Likas dan JPN Tungku di Lahad Datu yang masih ditutup.


Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata jabatan tersebut telah mengemas kini nombor telefon yang boleh dihubungi oleh para pelanggan untuk urusan janji temu itu.


“Para pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi mana-mana talian telefon yang disediakan sebelum hadir di pejabat JPN berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Khairrul Aminus berkata keputusan itu dibuat selaras dengan arahan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.


Beliau berkata maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my atau Facebook JPN atau membuat janji temu di talian 088-488300; 088-488301; 088-488365; 088-488364; 088-488344 dan 088-488360.


JPN Sabah juga turut menasihati pelanggan agar menangguhkan urusan di JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir sekiranya tiada urusan kecemasan. – Bernama


bottom of page