JPPM Sabah akan terus sokong program pemimpin persatuan termasuk OKUJPPM Sabah akan terus sokong program pemimpin persatuan termasuk OKU
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

JPPM Sabah akan terus sokong program pemimpin persatuan termasuk OKU


Yuniezah Marlya bersama para peserta program.

30 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sabah akan terus menyokong pelbagai program yang mengkhususkan kepada ‘soft skill’ para pemimpin persatuan termasuk program-program bual bicara untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah, Yuniezah Marlya Yunos berkata, ia adalah antara usaha membantu persatuan agar sentiasa berada di landasan yang betul.


“Program Bual Bicara ini merupakan suatu permulaan yang baik dalam usaha menyumbang kepada kemaslahatan ummah.


“Mudah-mudahan program seperti ini menjadi pemangkin kepada ahli persatuan untuk terus berusaha dan cemerlang dalam aktiviti kesukarelawan di masa hadapan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Program Hiper Sabah: Bual Bicara Peranan Pertubuhan Di Dalam Membantu Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Mendepani Cabaran Covid-19, melalui aplikasi Zoom, hari ini.


Penceramah jemputan ialah Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Malaysia (MBOKU) Mohd Faiz Shuhaimi.


Program Bual Bicara itu julung kalinya diadakan khas untuk pertubuhan kategori kebajikan untuk golongan OKU.


Yuniezah Marlya berkata, ketika negara kini masih berjuang mendepani pandemik Covid-19, golongan OKU antara yang turut terkesan.


“Selain cabaran menampung kos sara hidup, kekangan dalam mengakses maklumat dan jaringan komunikasi yang terhad turut memberi kesan terhadap golongan ini.


“Program bual bicara ini merupakan platform perbincangan dan percambahan idea bagi wakil-wakil persatuan dalam peranannya membantu golongan OKU mendepani pandemik.


“Selain itu, ianya juga sebagai platfom penyebaran maklumat mengenai inisiatif khas kerajaan khusus untuk golongan ini,” katanya.


Beliau berkata, program ini merupakan antara inisiatif dalam pelaksanaan program Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan (HiPER) 2021 dan program #ros_care yang turut melibatkan pihak persatuan serta golongan yang memerlukan.


Yuniezah Marlya berkata, antara fokus utama penganjuran program ini ialah untuk mempertingkatkan kaedah penyampaian kepada golongan OKU bagi merapatkan jurang komunikasi dalam komuniti, memberi pendedahan kepada golongan OKU mengenai kepentingan berpersatuan dan memperkasa peranan persatuan dalam membantu golongan OKU.



bottom of page