Jualan Mega Madani capai sasaran, catat lebih RM5.7 juta jualan dan padanan perniagaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jualan Mega Madani capai sasaran, catat lebih RM5.7 juta jualan dan padanan perniagaan



11 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jualan Mega Madani sempena program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani selama tiga hari di Bukit Jalil berjaya mencapai sasaran melebihi RM5.7 juta keseluruhan jualan dan padanan perniagaan.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu jumlah keseluruhan kutipan jualan selama tiga hari sebanyak RM1,589,513.28 juta dan potensi Padanan Perniagaan (Padaniaga) sebanyak RM4,150,000 juta.


“Pada hari pertama, Jualan Usahawan Madani, Aneka Rasa, Jualan Mega Madani dan Jualan Food Truck berjaya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak RM385,161.01, hari kedua RM572,702.36 dan hari ketiga sebanyak RM631,649.91.

“Manakala Padanan perniagaan pada hari pertama ialah RM1,460,000, RM1,290,000 (hari kedua) dan RM1,400,000 padanan perniagan pada hari ketiga.


“Saya gembira dan berpuas hati kerana berdasarkan catatan jualan dan padanan perniagaan selama tiga hari, ia berjaya mencapai sasaran awal kita sebanyak RM100,000 untuk tujuh kluster jualan dan RM3 juta untuk Padaniaga,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Ewon berkata, beberapa segmen jualan mega dilaksanakan antaranya, Jualan Rahmah, Jualan Madani Koperasi, Jualan Agro Madani, Jualan MyGrocer@Wilayah, Jualan Usahawan, Jualan Anekarasa Madani, Jualan Food Trucks dan Padanan Perniagaan.

“Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu juga turut menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga pasaran,” katanya.


Katanya lagi, seramai 183 usahawan menyertai jualan usahawan Madani yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti dan banyak lagi.


“Bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) selain penyertaan para usahawan, kita juga telah menyediakan kaunter-kaunter informasi untuk memudahkan para pengunjung berurusan mengenai perniagaan mereka.


“Antaranya pendaftaran Status PMKS, Konsultasi Keusahawanan, Travia Usahawan, Kaunter Semakan Permohonan Tekun Nasional, Pameran Produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Pendaftaran Usahawan MyMall dan cabutan bertuah.


“Bagi kaunter Protégé pula, sesi temu duga terbuka dengan syarikat terpilih telah diadakan dengan lebih 700 orang menghadiri sesi temuduga selama tiga hari,” katanya

bottom of page