top of page

Jubilee Yabis Kembali Pimpin, Dua Lagi Pengerusi JKKK Terpilih Di Mukim Melangkap

  • nabalunews
  • Feb 10
  • 1 min read

10 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi tiga kampung di Mukim Melangkap telah berjalan dengan lancar pada 8 Februari 2026 yang lalu.


Proses pemilihan tersebut diselia oleh Pemaju Mukim dari Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, iaitu Melon Yaming dan Marcus Logiau.


Di Kampung Melangkap Baru, berlangsung pertandingan dua penjuru. Pengerusi sebelumnya, Jubilee Yabis, berjaya mengekalkan jawatannya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan yang diberikan dan berjanji akan meneruskan pelan pembangunan yang telah dirancang sebelumnya untuk kampung tersebut.


Sebelum itu, pihak UPPM juga telah mengadakan pemilihan di Kampung Melangkap Kapa, yang menyaksikan Jame Sungkit dipilih sebagai pengerusi baharu.


Manakala di Kampung Kebayau, Beinddy Midih telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai pengerusi JKKK yang baru.


Melon Yaming turut mengucapkan tahniah kepada semua pengerusi yang terpilih dan berharap mereka dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi manfaat kawasan masing-masing.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page