Judi Sabung Ayam: Tiga Ditahan
- nabalunews
- May 9
- 1 min read

9 Mei 2025
PENAMPANG: Tiga lelaki warga asing ditahan selepas dikesan terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam dalam serbuan di Kampung Puun Tunoh, di sini, semalam.
Dalam operasi jam 5 petang itu, semua yang ditahan berusia lingkungan 48 hingga 55 tahun.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Katanya, hasil serbuan, pihaknya berjaya merampas lapan enam ekor ayam termasuk dua bangkai ayam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi laga ayam sabung.
“Semua suspek ditahan bersama peralatan laga ayam serta wang tunai berjumlah RM604.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda atau penjara, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sammy berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 terhadap warga asing yang ditahan.
Sehubungan itu, Sammy memberi amaran tegas kepada masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti perjudian tidak dibenarkan.
Katanya, mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti perjudian seumpamanya boleh dikenakan tindakan tegas.
“Orang ramai juga disarankan agar menyalurkan maklumat berkaitam jenayan kepada pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara,” katanya.
Comments