Jurang pendidikan di pedalaman Sabah, Sarawak bakal dikurangkan – KPM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jurang pendidikan di pedalaman Sabah, Sarawak bakal dikurangkan – KPM


5 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jurang pendidikan di pedalaman Sabah dan Sarawak bakal dikurangkan dengan memberi fokus khusus kepada sekolah daif di kedua-dua negeri tersebut.


Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek berkata selaras dengan Belanjawan 2024, KPM akan memberi fokus untuk membina sekolah baharu di pedalaman dengan tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak.


"Kita nak keseimbangan itu (sekolah) berlaku dan bila kita bercakap dengan pembangunan kokurikulum dan pembangunan sahsiah ia termasuk juga dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur," katanya pada sidang media Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di sini, pada Ahad.


Majlis itu menyaksikan Cikgu Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 sekali gus membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000.


Muhammad Nazmi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris dipilih sebagai pemenang kerana ikhtiarnya mendidik murid-murid di sekolah dengan membuat latihan simulasi bilik darjah, dengan anak muridnya diperkenalkan kepada pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.



bottom of page