top of page

Juruukur maut dilanggar ketika sedang bekerja di tepi jalan

  • nabalunews
  • Sep 26, 2024
  • 1 min read

26 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang juruukur yang sedang bekerja bersama dua rakan di Kilometer (km) 32 Jalan Tawau - Kunak, maut dilanggar sebuah Perodua Viva dalam kemalangan sekitar jam 8.30 pagi tadi.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, mangsa lelaki berusia 62 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Balung.


Manakala, dua rakan sekerjanya dan pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki berumur 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurutnya, siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa pemandu kereta yang dipercayai dipandu laju sedang menuju ke Hospital Tawau dari Kunak.


“Pemandu dipercayai memandu laju sambil memotong dua kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar mangsa yang berada di bahu kiri jalan,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Ketika kejadian, mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja mengukur bersama dua rakan sekerjanya, turut tercampak sejauh 27 meter sebelum terjatuh di atas rumput di laluan bertentangan dan disahkan maut.


Menurutnya, pemandu kereta ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.


Sementara itu, Champin turut menasihatkan pengguna jalanraya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri serta semua pengguna jalanraya yang lain.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page