top of page

K.K.I.P. Power Sdn Bhd serah dividen RM3.13 juta kepada KKIP

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

20 Mei 2026


KOTA KINABALU: K.K.I.P. Power Sdn Bhd (KKIP Power) menyerahkan dividen berjumlah RM3,136,500 kepada K.K.I.P. Sdn.Bhd di Pejabat KKIP Sepanggar, di sini, hari ini.


Penyerahan dividen itu disampaikan oleh Pengerusi KKIP Power, Datuk Johnny Goh kepada Pengerusi KKIP, Datuk Ewon Benedick dalam satu majlis ringkas sebelum mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah KKIP.


Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, dividen berkenaan mencerminkan prestasi positif syarikat serta komitmen berterusan anak syarikat KKIP itu dalam menyumbang kepada pembangunan industri dan ekonomi di Sabah.

Ewon (tengah) menerima replika cek dividen KKIP Power yang disampaikan oleh Johnny (tiga dari kiri), turut kelihatan Datuk Amisah Yassin Timbalan Pengerusi KKIP (tiga dari kanan), Cecilia (dua dari kanan), Thomas (kanan) dan Ir.Peter (dua dari kiri).
Ewon (tengah) menerima replika cek dividen KKIP Power yang disampaikan oleh Johnny (tiga dari kiri), turut kelihatan Datuk Amisah Yassin Timbalan Pengerusi KKIP (tiga dari kanan), Cecilia (dua dari kanan), Thomas (kanan) dan Ir.Peter (dua dari kiri).

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KKIP, Cecilia Amid; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Power, Datuk Ir. Peter Lajumin.


KKIP Power merupakan pemegang lesen pengagihan elektrik bagi kawasan perindustrian di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan utiliti serta pembangunan sektor industri di taman perindustrian tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page