Kaamatan Kg Tolus Disambut Meriah
- nabalunews
- Jun 6, 2025
- 1 min read

6 Jun 2025
KOTA BELUD : Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Tolus tahun 2025 yang bertemakan “Kaamatan Montok Toinsanan” telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan kemeriahan di Dewan Koisaan, Kampung Tolus, Mukim Kelawat.
Program dimulakan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh seorang guru, bertujuan menyuntik semangat dalam kalangan murid prasekolah, tadika, sekolah rendah dan menengah agar terus gigih belajar, baik semasa di bangku sekolah mahupun selepas tamat persekolahan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Encik Juin Kolod dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian. Beliau hadir mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.

Sebagai tanda penghargaan, anugerah turut disampaikan kepada pelajar cemerlang dari peringkat tadika hingga sekolah menengah, para pendidik serta warga emas kampung atas jasa dan sumbangan mereka dalam pembangunan komuniti.
Sambutan Kaamatan turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Sumazau, pertandingan Basaan kanak-kanak, cabutan tiket bertuah, serta diakhiri dengan sesi karaoke santai yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh para hadirin.















Comments