top of page
  • nabalunews

Kadar jenayah di Sabah turun 30 peratus


Hazani (kiri) bergambar bersama Tun Juhar (dua dari kiri).

31 Ogos 2021


KOTA KINABALU: Kadar jenayah di Sabah menurun semasa pandemik Covid-19, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.


Menurut beliau, arahan perintah kawalan pergerakan berterusan yang dilaksanakan kerajaan banyak memainkan peranan penting dalam mengekang penularan jangkitan Covid-19 sekali gus menyekat pergerakan bebas orang ramai menyumbang kepada penurunan kadar jenayah sebanyak 30 peratus.

Hazani (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (tiga dari kiri)

"Dalam pada itu, situasi kebanyakan masyarakat duduk di rumah serta sekatan-sekatan jalan raya yang diperluaskan, tidak memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah,” jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat perpisahan terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.


Hazani yang akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam awal bulan depan, merakamkan ucapan penghargaan kepada Tun Juhar serta kerajaan negeri atas kerjasama erat semasa beliau bertugas di negeri ini.


Hazani ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut.

Beliau yang telah berkhidmat lebih 17 tahun di Sabah berharap agar kerjasama tersebut dapat diteruskan dan imej serta prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dijaga dan dipertingkatkan pada masa akan datang.

bottom of page