Kajian kebolehlaksanaan sistem rel di Borneo bakal dijalankan
- Wartawan Nabalu News
- Oct 11, 2023
- 1 min read

11 Okt 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk melihat potensi pembangunan sistem rel di Borneo, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata, kajian itu akan menilai impak sosial dan ekonomi daripada pelaksanaan projek kereta api di Sabah dan Sarawak, yang juga berkaitan dengan pelaburan-pelaburan di persisiran pantai dan penempatan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan.
"Kita di peringkat Kementerian Pengangkutan ada memohon peruntukan itu. Kita menerima permintaan dan cadangan daripada kerajaan Sarawak terutamanya menghubungkan pelaburan-pelaburan di persisiran pantai dan penempatan ibu kota baharu Indonesia di Kalimatan.
"Justeru kerajaan Sarawak mahu melihat sama ada ia membawa potensi pada masa depan untuk melaksanakan satu sistem rel di Borneo,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MSA International Symposium 2023 di sini, pada Selasa.
Loke memberitahu, buat masa ini cadangan itu masih di peringkat awal dan sebarang keputusan hanya akan dipertimbangkan selepas melihat daripada hasil kajian tersebut
Beliau juga berkata, kerajaan komited untuk terus melabur dalam projek-projek kereta api baharu serta mempromosikan pertumbuhan industri Malaysia, dengan tumpuan kepada bakat-bakat tempatan.
Commentaires