top of page

Kampung Ambual dilanda banjir kilat 11 kali sejak awal tahun hingga Mei tahun ini

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 2 min read

23 Mei 2025


KENINGAU: Penduduk Kampung Ambual, di sini, merayu kepada pihak berwajib khususnya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya meluruskan dan mendalamkan Sungai Ambual berhampiran kampung bagi mengelakkan banjir kilat yang sering berlaku.


Seorang penduduk Garius Pukin berkata, kampung yang mempunyai lebih kurang 1,800 penduduk ini sering dilanda banjir kilat selepas sahaja hujan lebat disebelah hulu sungai tersebut.


Katanya, sejak awal tahun hingga bulan Mei ini kampung itu sudah dilanda banjir kilat 11 kali.


Beginilah keadaan runtuhan bukit di Kaimadang yang meranapkan tiga buah rumah.
Beginilah keadaan runtuhan bukit di Kaimadang yang meranapkan tiga buah rumah.

"Keadaan ini menyebabkan kerosakan harta penduduk termasuk tanaman yang berhampiran dengan tepi sungai" katanya.


Jelasnya, selain rumah penduduk yang terkesan, kemudahan-kemudahan awam termasuk dewan gereja turut terkesan dengan genangan lumpur selepas banjir.


Tambah Garius, banjir kilat yang terkini berlaku pada Isnin lepas, menyebabkan limpahan air di rumah yang berhampiran tepi sungai dan hakisan tebing.


Katanya, banjir kilat itu turut menyebabkan runtuh jalan Ambual - Pantai Baru.


Tambahnya lagi, pada awal Mei, bukit berhampiran jambatan besar Ambual, jalan Magatang berlaku runtuhan bukit menyebabkan gangguan lalu lintas kira-kira tiga rantai.


Selain itu, jalan kebun Ambual turut rosak dan rumah seorang penduduk Kampung Ambual mengalami kerosakan 30 peratus.


Sehubungan dengan ini Garius berharap agar Kerajaan dapat menyalurkan peruntukan segera melalui jabatan yang berkenaan seperti JPS dan JKR supaya kerja-kerja berkaitan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan runtuhan tebing bagi jangka panjang.


Lebih membimbangkan lagi satu kejadian runtuhan bukit di hulu sungai Ambual berhampiran kebun penduduk di Kaimadang menyebabkan aliran sungai tertutup 100 peratus dan meranapkan tiga buah penduduk.


Menurut Garius, beliau bersama staf Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meninjau kejadian runtuhan itu minggu lepas.


"Akibat runtuhan itu sungai Ambual tertimbus kira-kira dua rantai dengan ketinggian timbusan tanah kira-kira lapan kaki sekali gus menyekat aliran asal sungai dan kini alirannya beralih di kaki bukit" katanya.


Runtuhan itu katanya, menyebabkan takungan air yang besar dan jika ia terlepas sekali gus ia boleh menyebabkan berlakunya kepala air yang boleh mengancam keselamatan penduduk kampung.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page