top of page

Kanak-kanak 10 tahun hampir lemas di Pantai Gorongon, Putatan

nabalunews



6 Januari 2025


PUTATAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hampir lemas selepas dibawa ombak ketika mandi bersama enam rakannya di Pantai Gorongon, Putatan petang tadi.


Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, PBK II Linda Eslao Wagis, mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 5:22 petang.


"Pasukan bomba membuat pemeriksaan terhadap mangsa, dan didapati dalam keadaan selamat, sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Operasi melibatkan 12 anggota bomba dengan sebuah jentera CFRT dan sebuah kenderaan Navara, serta dua anggota polis dari PDRM. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5:43 petang.

Comments


bottom of page