Kanak-kanak hilang di sungai dikhuatiri lemas
- nabalunews
- Mar 6
- 1 min read

6 Mac 2025
KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kampung Baginda, di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Zulfazli Azrul itu, disedari hilang oleh ahli keluarganya pada jam 12.15 tengah hari.
Difahamkan, kehilangan mangsa disedari selepas selipar mangsa ditemui di tepi sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.18 petang.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus melakukan pencarian di kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang.
"Operasi pencarian turut dijalankan di tebing sungai sejauh kira-kira 100 meter bersama penduduk kampung," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi pencarian yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih diteruskan.
"Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
Comments