"Kando Kaingkatahan", "Ingga Kaagal" dan "Pernah Bahagia" dinobatkan juara lagu Keningaufm
12 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KENINGAU : Lagu "Kando Kaingkatahan", "Ingga Kaagal" dan "Pernah Bahagia" masing-masing dinobatkan Juara Lagu Keningaufm Kali ke 7 2024 dalam kategori bahasa Murut, Dusun dan Bahasa Malaysia yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau di sini pada Sabtu.
Lagu Kando Kaingkatahan dinyanyikan oleh Jordan Jubilin manakala Ingga Kaagal dan Pernah Bahagia masing-masing dinyanyikan oleh Erdeeyona Christopher Kunjan dan Chychy Alijiran.
Juara masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.
Lagu Kando Kaingkatahan ciptaan Gasiun Ann Felix yang dinanyikan oleh Jordan Jubilin juga dinobatkan sebagai pemenang lirik terbaik.
Manakala vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing dimenangi oleh Erdeeyona Christopher Kunjan dan Zackiddin Zachry.
Hadiah bagi setiap pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama trofi dan sijil.
Sementara itu penerima saguhati masing-masing menerima RM500 seorang.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.
Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim, Pengurus Keningaufm Florence John Luan, Ketua Polis Daerah Keningau Superitendan Yampil Anak Garai, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Comments